Usaha penyelamatan naskhah-naskhah lama kurang dilakukan oleh pengkaji tempatan ataupun pengkaji dari Barat. Keadaan ini berlaku kerana mereka lebih mementingkan dapatan ataupun salinan naskhah asal daripada para pemiliknya. Ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan naskhah yang hilang adalah akibat daripada kecuaian mereka sendiri untuk merawat naskhah simpanan mereka. Ramai pemilik naskhah atau institusi yang menyimpan naskhah tidak peka dengan keadaan naskhah dan mereka tidak mempelajari teknik perawatan yang sesuai untuk naskhah.

Sebenarnya, pemuliharaan naskhah bukanlah suatu kerja yang mudah. Kerja ini memerlukan kesabaran dan juga ketekunan daripada para penyelidik. Beberapa perkara pokok perlu difahami oleh seseorang pengkaji untuk membaik pulih sesebuah naskhah. perkara paling pokok ialah minat yang mendalam terhadap naskhah. sekiranya seseorang itu mempunyai minat terhadap naskhah, kerja pemuliharaan naskhah akan menjadi lancar. Kedua, kos yang ditanggung agak mahal untuk membaik pulih naskhah. bahan-bahan kimia yang digunakan diimport dari luar negara dan agak membebankan sekiranya dibeli dalam jumlah yang kecil.

Tuesday, January 5, 2010

Pemilik naskhah yang memerlukan bantuan pemuliharaan naskhah boleh hubungi saya melalui blog ini.
Naskhah yang masih elok kertasnya dan tidak mengalami kerosakan teruk hanya dibersihkan permukaan naskhah tersebut dengan menggunakan berus lembut daripada bulu tupai. Berus ini akan membersihkan permukaan naskhah dengan menggunakan pemadam berbentuk serbuk.








Naskhah yang hancur atau bahagian yang telah rosak teruk perlu dibersihkan terlebih dahulu kemudian kertas yang melengkung atau bergulung perlu dilurus atau diratakan permukaannya dengan menggunakan alat khusus yang diperbuat daripada tulang ikan paus. Tulang akan membuka lipatan dan seterusnya meratakan permukaan kertas tersebut. Kemudian, seterika khusus yang dikawal suhunya akan digunakan untuk memanaskan kertas dan kertas menjadi kembang dan menghilangkan permukaan yang bergulung.